Bagi kanak-kanak berpuasa amat memeritkan bagi mereka.Ibubapa seboleh nya mahu anak mereka berpuasa supaya dapat membiasakan diri bagi menunaikan rukun islam yang ke 3.Terdapat beberapa cara bagi ibubapa bagi mencapai hasrat dan niat yang baik ini.
Ibubapa seharusnya tahu apa yang anak inginkan (makan) supaya anak-anak ini berselera ketika bersahur dan berbuka puasa tetapi ibubapa juga harus menilai makan itu, adakah ia baik dan boleh mengeyangkan untuk anak-anak.
Selain itu, terdapat juga ibu bapa yang menjanjikan sesuatu untuk anak-anak jika berpuasa.Sebagai contoh memberi upah seperti wang jika dapat berpuasa penuh,ada juga menjanjikan pakaian yang cantik bila hari raya.
Kadangkala ada juga ibubapa yang mengugut anak-anak mereka supaya berpuasa,jika tidak berpuasa, mereka tidak dapat berhari raya dan memakai pakaian baru.
Terdapat banyak lagi cara ibubapa bagi melatih anak-anak ini berpuasa walaupun kita tidak tahu sejauh mana mereka berpuasa.Apa yang penting sekarang ini ibubapa haruslah melatih anak-anak mereka supaya dapat menunaikan kewajipan sebagai orang islam.
No comments:
Post a Comment